Tuesday 21 January 2014

When My Boys Fight

Lamanye tak update blog.. Mood melayang kelaut.
Sekarang ni baru ada semagat nak ngumpat hal anak²..
Meh sini ibu citer sikit anak lelaki ibu..
Sorang superman sorang lagi spiderman..
Nak letak gambar anak sendiri memang takde ler..
Mane sempat capai fon, sibuk leraikan diorang gaduh.
-Sigh- 

Ibu takde adik beradik lelaki, sepupu² lelaki pun ibu tak bergaul sangat.
Kawan lelaki kat sekolah pun kurang..
Pendek kata ibu hanya dengan adik beradik dan kawan² perempuan SAHAJA..

Dah ada dua hero ni .. ibu jadi terkezut.. Macam kene karen (leterik)..
Tau kenapa?
Bila anak² bergurau, bermain & gaduh ..
Diorang buat ibu takut..
Kalau bermain or bergurau tu kite boleh terima lagi,
Tapi kene berjaga² ada sat gi diorang melalak berjemaah..

Bila bermain pon boleh gaduh..MashaAllah
Mengucap panjang dibuatnya..
Abang suka sangat tumbuk² or tendang²
Adik plak senjata nya gigi dia.. Asik nak mengokak je..
Almaklum la kaki pendek tak cukup inci lagi..
Nak lawan abang , mesti dia kalah ..

Adakalanya salah seorang leka bermain or tengok TV
Tiba² sorang lagi datang mengacau..
Bila ibu balik kerja mesti abang ngadu, adik gigit.. gerenti 100% ada cop mohor..
Sat gi adik plak ngadu abang tumbuk or tendang dia..

Ya Allah garangnye anak² ibu ni..
Ibu jadi tak tentu arah bila diorang gaduh..
Aduhai anak..

Surah Al-Imran Ayat 200 - Doa melembutkan hati 
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Ayat ni dibaca semasa memasak dan menyediakan makanan untuk anak² dihembuskan kedalam makanan .. Semoga lembut hati anak²

Ibu nak mandrem korang dua beradik..Asik gaduh je..
Geram dibuatnya Grrr
##When Kids Fight

..

..

.

.

.

.

.

.

.

.