Monday 31 March 2014

Why TAB

Ini tab kali ke3 yang jahanam
First & second tak dapat diselamatkan
Tapi kali ke tiga ni dapat diselamatkan
Nasib baik retak luar je..
So tukar screen je..
Adik pijak screen nyer dengan selamber..

Kenapa ibu galakkan anak² main tab..
Isk tak kan ibu tak tau bahaya nya gajet pada anak²..
Ibu tauu.. Tak kan ibu nak hancurkan jiwa mereka..
Memang ibu bagi anak² main tab..
Tapi ada baik nyer jugak gajet ni pada anak²..

Pengunaan tab hanya time makan kat luar sahaja..
Ada sebabnyer, Anak² ibu cepat bosan, memang tak akan duduk diam..
Aktif lari sana sini..
Untuk elakkan kejadian yang tak ingini berlaku ibu terpaksa beli gajet ni..

Sekarang kes kanak² hilang berleluasa..
Ibu memang risau kalau bawa diorang keluar..
Nak lagi kalau anak² dapat lari kat shopping complek memang tak terkejar..
Kalau incik abah ada, ibu tak risau sangat..
Sebab abah lari laju dari ibu...
Ekekek.. kelakar je.. ibu baru nak kejar, abah dah dapat tangkap diorang..

Dua tab .. harga masa mula² keluau dulu memang mahal
Tap sekarang RM160 pon dah boleh dapat..
boleh la.. Just bagi anak² duk diam je..

Kat kedai makan or kat tempat² yang ibu tak dapat nak kawal anak² je
Ada jugak mak pak tengok semacam je..Tak tau la diorang fikir ape..
Tapi tak pe la, orang nak fikir ape pon lantak lah..
Yang penting anak² dapat dikawal..

## Dalam masa seminggu Sekali dua je diorang dapat pegang.. Kadang² anak² mintak jugak.. But cant at home..Kat umah memang tak dapat la.

#6 Keburukan Kebaikan anak bermain Tab

Sunday 30 March 2014

Cuti Yang Padat

Bermula lepas kerja, jumaat halfday
Ingatkan boleh angkut anak² panjat tangga flat tu
Rupanya diorang tidur bawah ketiak mak² dayang..
Atlast balik rumah dulu..
Ini lah masa yang sangat sesuai
Mengemas apa yang patut..

Lepas penat kemas sana sini sinun
Makan my favorite ice cream..

Settle kemas and masak..
Maksu diorang sempat hantau diorang balik rumah..
Tak berapa minit je..
Tuuu dia dah sepahkan duit syiling ..
[ Sigh...]

The Sabtu day..
Settle hal kat umah, ready plak untuk meeting BAKAT
Dah nama isteri soldier automatik jadi ahli persatuan isteri² anggota tentera
Ingatkan lama lah.. rupa nye kejap je meeting nyer..

Habis meeting terus ke jemputan kahwin
Alhamdulillah kami sampai, tetamu tak ramai sangat
So leh la lepak lama sikit..

Lepas tu kami sempat tengok wayang
Citer Cap Amerika , rasa nye 3 tahun tak masuk wayang
Kali ni bawa anak².. Beli tiket sampai 4 seat..
At last 3 seat je pkai.. adik berpangku dengan ibu
Rupa nye dia nak tidur.. Mengantuk sangat kot..
Abang pon ikut lena..
Ibu ngan abah je la tengok..
Rugi²....

Ngam² keluar pawagam perut lapar
Terus tuju kedai makan..
Tersangat la lapar..
Sekarang ni adik dah pandai mintak tab abang
Nak tak nak kene cari kan tab baru
kalau tak note8 ibu jadi mangsa..

Tab baru untuk abang.. 
Bukan nyer tak berlaku adil
Tapi abang lebih pandai jaga barang..
Tab hijau tu pernah jatuh
So bagi adik pakai..

Berselfie dengan adik..

Abah peminat game ..
Game hajer..
Dah kenyang balik terus tidur
Memang hari yang sangat padat..
Teramat penat..

## Time kat kenduri & tengok wayang tak dapat nak ambik gambar.. kalut jaga anak²..

Wednesday 26 March 2014

Jatuh Lagi

"bu, dik tuh.. dang wat"
Jatuh lagi budak ni.. Abang suka sangat nyakat adik
Adik ni dah la lemah semangat..
Pantang kene jerkah.. 
Ala kecianye..
Nak mandi pon taknak..
Takut kene air.

Tunjuk tapak tangan dia yang luka tu..
Lutut kaki tu pun tak elok lagi..

Monday 24 March 2014

Laksa Special For Me

Laksa peneng is my favorite food
MasyaAllah sedap sangat. Nak lagi original from peneng or kedah
Kalau kat kedah, time ada kenduri or hari raya mesti diorang jamu laksa
Raya kat sana memang puas lah makan laksa..
Boleh dikatakan setiap rumah wat laksa untuk tetamu..
Nyam nyam nyam

1day teringin nak laksa..
Ibu just citer je kat Incik Abah, "kat sini nak dapat laksa peneng yang kaww nyer memang susah.. Kan best kalau dapat makan kat kedah.."
Memang tak sangka Incik Abah buatkan Laksa special untuk ibu..
Balik kerja dah siap terhidang atas meje, Walau pun tak cukup ulam² nye
Tapi sangat sedap..
MasyaAllah my bos make laksa for me
Wow teruja nyer..
Thanks Incik Abah..
Anak² makan bertambah²..

## Incik Abah memang pandai masak.. Sesekali rasa air tangan dia.. Yang paling ibu suka bila abah wat Nescafe panas.. terbaik lah.. ibu pon tak pandai wat air Nescafe..

Sunday 23 March 2014

Dah Pandai Membalas

 Petang balik keje abah ngan anak² jemput..
Sampai je rumah tok mak citer, pagi tadi gi jonging
Abang tolak adik selamber je
Dia boleh cakap "Alah sikit je tu, nanti cepat baik"
Wah wah.. mentang² adik tu kecik lagi..

Tak habis citer adik dengan abang gaduh lagi..
Adohai berebut kereta mainan pulak..
Dalam sekelip mata je.. Adik gigit abang..
Rupanye adik dah lama geram dengan abang..
Tak sangka pulak , gigitan kali ni siap terkopek kulit abang..
Mintak simpati..
Dik tuh, dang (abang) wat...

 Lutut terkopak..
Alah kesianye dia..

Kali ni abang pulak kene kokak dengan adik..
Meraung nye macam apa je.. Terperanjat dibuatnye..

Tuu dia.. Mengelebung tangan abang..
Siap terkoyak kulit dia..

Alahai anak².. kalau gaduh tu jangan la sampai melukakan satu sama lain..

## Air dicincang tak akan putus.. begitulah adik beradik..

Lunch dengan Diorang

Jarang dapat lunch dengan family..
Kira beruntung la hari ahad kebetulan abah baru habis duty
So abah bawa anak² makan tengahari dengan ibu
 Setiap kali pi Restoran Fast Food mesti ada menan untuk diorang
Sorang satu..Kalau tak ada wrestling kat kat situ jugak..

Disebabkan kamu terlalu bijak..
So duduk lah kamu disebelah abah ye..

 Si Abang ok lagi..
Tapi kalau mood boring dia dah sampai puncak kinabalu..
Memang tak dapat dikawal..
Isk isk isk..

Ok time up..
Ibu nak masuk keleja balik..
Abang : Ibu tak payah la masuk kerja.. jom la jalan²
Kesian kat anak².. Tak dapat nak berjalan
Bila ibu cuti , abah pulak kerja..Macam tu la sebalik nyer..

So abah bawa anak² gi Zoo.. tengahari buta tu..

## Kami kurang masa berharga dengan family.. Apa pon ibu ngan abah tetap sayang anak² ibu..
#PrayForMH370

Monday 17 March 2014

Survey Tadika

Masih mencari tadika untuk abang
Ibu siap search tip untuk memilih tadika..
3 buah tadika menjadi pilih.. Tinggal permission dari big bos
Bayak kaspek kena fikir.. Antaranya Yuran, Lokasi - Jarak dari rumah pengasuh , Penyediaan makanan, Persekitaran, Sosial yang penting mesti tadika ISLAM..
First Choice
Ibu pilih Genius Aulad.. 
The best tadika untuk anak².. Siap dapat award lagi tu..
Dekat dengan rumah flat tapi jauh dari rumah pengasuh..
So abah sebagai MasterKunta cakap, cari tadika yang dekat dengan rumah tokmak..

Second Choice
The Little Caliphs Program (TLCP)
Pada pandangan ibu, TLCP ni pon macam Genius Aulad 
Tak jauh sangat dari taman tokmak.. Kat Taman Scientex..
Tempatnye ibu ngan abah belum servey..
InshaAllah dalam masa terdekat ni kami nak pi tengok Lokasi..
Dari Taman Scientex ke Taman Bukit dahlia
Kalau jauh sangat terpaksa la batalkan hajat ni.
Bukan apa, ibu ngan abah berkerja, so kami memang tak dapat nak hantar dan ambik anak²
Jadi ibu harapkan driver van sekolah ..
Tak pe lah.. kita tengok keadaan dulu..

 Last Choice
Satu taman tokmak jugak..
Dekat sangat
Ibu tengok FB diorang banyak program..
Sistem pelajaran pon ok..
InshaAllah..

## Susahnye hati ni.. YaAllah permudahkan urusan mencari tadika yang terbaik untuk anak² ibu..
Luaskan rezeki abah, ibu dan anak² dan Sihat tubuh badan agar kami boleh menjaga dan mendidik anak² kami.. InshaAllah
#PrayForMH370

Sunday 16 March 2014

Bercuti Bergumbira

Alhamdulillah minggu ni lagi seronok dari minggu lepas (PWC Event)
Jalan² kat sini je.. Tapi anak² happy
Ibu lagi happy..Hehehe

Ibu start citer dengan alkisah pada petang khamis tu..
Hari tu abah hantar dan jemput ibu kerja..
So petang tu ada peluang bawa anak² makan kat luar
Abah nak cari barang kat Aeon Permas Jaya
Alang² tu makan sekali kat sana..
Masa order tu tetiba abang hilang..
Adeh budak ni..Emm tau dah ...
Tuu dia.. 
Adik dah tau abang kat sini, meronta nak main jugak
Nasib la abah prihatin..
Memang untung kami la, dapat meja betul² depan playground tu..
Sambil makan boleh tengok²kan diorang..

Alhamdulillah time ni tak payah nak paksa diorang makan
Adik ikut ape saje perbuatan abang..
Bagus dah anak² ibu ni.. 

Hari esok nyer.. Jumaat yang penuh barakah..
Ibu balik keje kul 1, Terus siapkan anak²
Abah balik dari solat jumaat terus keluar..
Malam tu tidur kat flat.
Lama sangat tinggalkan rumah tu..

 Hamboi melaram ngan Rayban ..
Punya la susah ibu cari Rayban ni.. Alhamdulillah ada juga jual kat Facebook 

 Abang memang suka melaram..
Tak lekang Rayban tu..
Kalau adik dah dicabutnye..

My boss.. Makan dulu sebelum tengok wayang..
Xoxo...

Planing nak tengok wayang
Abah nak tengok citer racing..Tapi sayang nye anak² tak boleh tengok
Baru first time nak tengok wayang dengan anak².. Tapi tak pe lah.. 
Next time kalau ada citer kanak², boleh lah bawak anak² tengok wayang.. 

Dah tau ler, kalau gi Jusco Bukit Indah mesti ada Daiso Japan 
Wahhh teruja ibu.. Niat dihati nak belikan hadiah untuk anak kawan ibu jew..
At last bende lain pon ibu rembat.. Ekekek
Abah cakap "Alah ibu kau, kalo dah masuk sini, memang berjam la.."
Dont angry sayang.. Ekekek
Pembantu comel ibu.. Untuk mengelakkan dia lari sana sini
Ibu gunakan abang sebagai bodyguard dan tukang sorong troli kecik tu..
Ekekek..
Adik dibawah jagaan abah..
Dengan budak kecik tu memang tak boleh shoping.

Sudah penat berjalan, Anak² main kat playground Jusco tu
Kene bayau 1jam = RM4

 Kat mana² Aeon mesti ada playground camni
Siap ada kakak yang sweet² tolong jaga budak² ni..
Bila ada orang guard budak² ni, ada ibu bapa yang lepaskan tangan..
Boleh pergi shopping?
Isk tak risau ke mak bapak diorang ni..

 Camner pon ibu tetap perhatikan anak²..
Walaupun ibu duk luar dari playground tu..

 Isk.. time nak balik tu boleh plak serempak ngan mesen telor ni
Adeh..Anak² memang pantang tengok mesen ni..
Bukan ada main ape pon.. Abih duit je..

Selepas memenatkan kaki , perut pon terasa kelaparan..
Teringin pulak makan Burger Bakar Abang Burn
Tapi dapat burger bakar lain .. Its ok.. 
Next time leh makan Burger Bakar Abang Burn yang Delicious tu..

Ok its time balik flat
Yahoo.. Syok nyer balik rumah sendiri..
Sepanjang perjalanan balik flat tu ibu bukak citer Frozen
Citer ni benar² menghantui penonton..
Bila sampai part lagu "Let Its Go"
Abang nak ibu nyayi sama²..
Heheheh lagu dia memang best best best...

Untuk hari sabtu tak de cerita sangat
Cuma apa yang memeranjatkan ibu..
Ada orang nak pecah masuk rumah kami..
Bederau jantung ibu
Nasib baik ada jiran yang prihatin..
Time kami takde dan siang hari diorang wat keje..
Lepas ni kene kerap jugak balik rumah.

## Semoga rumah kami dilindungi oleh Allah SWT dari anasir jahat.
#PrayForMH370

Hujan

Alhamdulillah hampir 2 bulan tak hujan
Hari ni hujan membasahi bumi..
Kerja² pembenihan awam telah berjaya
Syukran Allah.. 

## Hati sentiasa besyukur dengan apa sahaja yang terjadi
#PrayForMH370

Wednesday 12 March 2014

PrayForMH370

Kejadian MH370 memberi tamparan hebat pada rakyat Malaysia
dan menjadi liputan meluas di seluruh dunia..
Kehilangan angota keluarga amat menyakitkan
Apatah lagi mereka hilang entah kemana.

Hilang ibu, hilang bapa, hilang anak, hilang saudara..
Semoga Allah permudahkan segala nyer..
Kerana Allah lah yang menguasai seluruh alam semesta.

Hari ke5 tiada kabar berita..
Seluruh dunia mengharapkan penemuan pesawat MH370
Semoga Allah makbulkan doa seluruh umat islam..

"Ya Allah wahai Tuhan kami Yang Maha Berkuasa.
Rahman dan Rahim Mu Ya Allah.
Tunjukkan pada kami, kepada mereka yang sedang bertungkus lumus untuk memastikan pesawat MH370 itu dijumpai.
Berikan kepada kami dan mereka itu pedoman dan panduan Ya Allah,
untuk kami mengesannya kerana sesungguhnya kami mengaku kami tiada kuasa,
tiada upaya melainkan yang datang petunjuk, kuasa dan panduan dari
Mu Ya Allah.."
~Ustaz Nooh Gadut~


## Kepada anak² ibu, apa pun yang berlaku, Allah lah tuhan sekelian alam.. Berdoa dan tunaikan kewajipan kita sebagai hamba-NYA.. Kerana Allah Maha Besar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar...

Tuesday 11 March 2014

PWC Teluk Batik

Hari minggu yang lepas, abah ajak gi konvoi PWC (Proton Wira Club)
Kat Teluk Batik Perak..
Malam jumaat tu dah gerak dari johor..
Singgah di R&R Rawang. Kat sana ada hotel

 Rate nye agak murah jugak
Alhamdulillah dapat jugak kami berehat dan tidur dengan selesa..
Yang penting keselesaan anak²..
Dah la bujang kecik tu demam..

Dibelakang bilik kami menginap..
Biliknya, not bad.. Bersih dan lengkap..

 Sementara tunggu member abah yang lain sampai..
Layan kerenah anak²..
Yang tak best tu sarapan semua habis..
Syukur ada roti.. Jadi la alas perut..
Kesian kat anak² diorang langsung tak jamah roti tu..
Susu aje ler..

 Perkenalkan pakngah.. KN (Ketua Negeri Johor) 
Time ni tengah tunggu kawan² abah..

Diawal perjalanan, Dua² nampak sopan je duk kat belakang tu..
Tapi kejap je.. adik dah start mengaruk..
Uik badan dia kembali panas..
Adeh.. Abang dah start membosankan diri..

Kesian kat budak kecik ni
Dah la demam, duk dalam kereta berjam²
Perjalanan bukan nyer jauh sangat..
Tapi disebabkan tunggu orang sana sini.. 
Semua jadi lambat..

Abang pon dah rasa tak selesa..
Asik tanya bila nak sampai..

 Ala ala mak jemah..Heheheh
Bukan saje² ni.. Ibu basahkan towel lepas tu bungkus adik..
Masa ni badan adik dah start panas balik
Melalak² tak nak pakai towel tu

 Tengok tu punya la banyak kereta..
Seronok memang seronok
Tapi geram sebab pengurusan lembab..GgrrR..

Asik nampak signboard Teluk batik aje
Tapi tak sampai² jugak..
Hadoi aiii

Alhamdulillah.. Kul 5:30ptg Sampai jugak.. 
Lepas pendaftaran diorang ada sesi fotoshoot..
So ibu mintak abah hantar kami ke bilik dulu
Sebab anak² dah penat sangat
Kesian kat diorang..
Lagi pon kalau kami ikut tak tau la balik bilik kul berapa..
Mak² yang ada anak semua masuk bilik..

Actually satu bilik satu keluarga, tapi tak sangka pulak lain jadinya
Kami terpaksa duduk satu bilik
Mak² Anak² dan sorang tunangan orang terpaksa la shared 1 bilik .. 
Nasib baik la kami ni dah macam adik beradik
Bapak² terpakse la tidur bilik orang bujang.

 Masuk je bilik terus terjun tab mandi..
Kemain lagi.. macam mandi kat swiming pool..
Lepas mandi, dah encem² bagi diorang susu dulu
Sementara tunggu abah balik bawa nasi..

Nasi bungkus untuk ibu ngan abah je..
Anak² tak de makanan.. Eee Geramnyer..
Tak pelah ibu tau anak² tengah lapar..
Suapkan anak² nasi dulu lebih tu baru ibu makan..
Eeee geram dengan pengurusan diorang ni.. Teruk sangat..

 Time nak balik ibu sibuk mengemas..
Abang ngan adik pon sibuk nak tolong..
Isk geram betul la..
Duduk kan diorang kat atas bangku tinggi tu
Terus senyap.. hehehe
Settle dah keje ibu..

Makan nasi semalam memang tak kenyang
Pagi² dah cari nasi.. Lapar sangat dah..Singgah kat restoran D'Warisan
MasyaAllah makanan dia memang menyelerakan
Alhamdulillah kenyang sudah..

Ya Allah cantikkan pemadangan sekitar Restoran ni..
Walaupun musim kemarau, tapi rasa sejuk je dengan angin sepoi²..
Memang syok.. Ibu sangat suka pemandangan Hijau..

 Lepas makan gi pantai Teluk Batik
Cari souvenir untuk kawan² ibu yang sudi ambik alih kerja ibu 

 Macam biasa la.. anak² mesti dapat upah sorang satu..
Dalam keadaan panas, kepala pon dah mula nyut nyut.. Kami pon terus balik..
Niat di hati nak pi lumut.. Tapi takpe lah.. Baik kita balik..
Perjalanan pon jauh lagi
Dalam pertengahan perjalanan abah deside untuk singgah rumah opah
Sebab badan kami penat sangat
Dah siap mandi and berehat kami terus balik JB..





Ok time go back home..
Ini je gambar kenangan satu family
Tu pon snap dalam kereta.. Ibu lupa sungguh ambik gambar satu family kat teluk batik..
Hope lepas ni kalau ada event ibu wajib snap pic satu family..

## Beratus batu perjalanan kami, penat menunggu ahli yang lambat dan kereta yang rosak.. Pengurusan yang entah ape².. Hotel kene shared² tidur, makanan.. emmm no komen.. tak pe lah.. mungkin ini je rezeki kami..
Next time ibu berharap sangat pengurusan diorang tak macam ni.. Kalau terjadi lagi.. mungkin lepas ni kami tak ikut lagi dah.. bukan ape.. Kesian kat anak².. dengan cuaca panas.. duduk sahaja dalam kereta.. rasa nak nagis dibuatnyer..

..

..

.

.

.

.

.

.

.

.