Wednesday 23 October 2013

Selamatkan Dinding Rumah

Sebelum dinding rumah jadi lukisan mural..
Ibu carikan kotak besar ni letak kat umah..
Pendidikan dalam kotak..
Seronok anak².. duk dalam rumah kecik.

Conteng lagi dan lagi..


Akhirnya tak selamat jugak..
Baru perasan ada jugak tercalit crayon kat dinding rumah
emmm.. Sabar je la..

Trip ke Perak

Sepanjang abah takde, ibu la jadi pemandu peribadi anak²..
Kemana je mesti anak² ikot..

Baru² ni ada majlis kahwin di perak..
Ibu jadi driver opah n atok..
Risau jugak keselamatan diorang..
Tak pelah korban cuti untuk mereka..

Sibudak tenet ni.. memang dengki..
Bila ibu drive je.. Mesti dia melalak nak duk kat steering..

Nampak kebulatan adik..
Comel adik..

Dah masuk kawasan perak, ibu pon tukar driver ngan atok..
Tak tahan la dengar si kecik tu melalak..
Ibu duk belakang baru la si kecik tu diam..
Puas hari duk dengan ibu..

Bukan nak apa pon. Saja nak berpangku dengan ibu..

Di hari majlis kenduri..
Syok la ibu, lama sungguh tak balik perak..
Last masa abang duk dalam perut ibu..
3-4 tahun jugak la..

Ni hah budak nya..
3 Tahun dah..

Alhamdulillah 
Selamat sampai perak, balik melaka n balik JB..

Monday 14 October 2013

Adik & Ezos Moto

Niat dihati nak bawa abang dan adik p klinik.. sebab demam, 
tak sangka pulak adik kene ezos moto.. dah kene la jodoh ngan doktor tu.. Lama jugak la adik merana..
Nagis je.. tapi tak tau duk diam.. melasak je.. bila sakit baru melalak...
Hatoihaiii anak


Thursday 10 October 2013

Gambau Raya | 2008 - 2012

First raya tahun 2008, Abah kene keje first raya tu..
Lagi pon masa tu mane ada talifon canggih or kamera..
Memang tiada kenangan time raya 2008 tu..

Tahun 2009
Tahun ni giliran di kedah.
Masa ni ibu peknen 3-4 bulan.. Abang duk dalam perut ibu..
Anak² buah memang ramai..

Tahun 2010
Beraya di melaka pulak..
Abang masa ni baru 7bulan..

Next year 2011
Beraya lagi dimelaka
Disebabkan adik lahir bulan puasa.. hehehe..

2012.. Beraya di kedah..

2013..?
Check on next N3..

Bila Bujang Sulung Pandai Memuji Ibu

Ya Allah, Syukur dikurniakan anak yang cerdik sihat dan cergas.

Cerdik nya memang tak boleh disangkalkan lagi.
Pandai memujuk rayu
Pandai jugak memuji ibu..

Jarang dengar orang puji ibu.
Bila anak sendiri dah puji, makin kembang la ibu.
"Ibu ni cantik laa, Abang sayang ibu"
Aduh rasa nak tercabut jantung ni, Bila si intan payung ni memuji belebih²an

Kalau bab memujuk pon boleh tahan jugak..
Siap peluk cium lagi..
Aduh anak ... gugur jantung ni..

#Anak² memuji dengan hati yang ikhlas..
Mereka hanya tahu bercakap benar.

Ada Orang Cakap Ibu Ni TABAH

Bukan mudah nak besarkan superhero dalam keadaan abah sibuk pi kursus..
Bebulan² kena tinggal.. Bak kata orang, Sayang bini tinggal²kan.. hehe
Camni la kalo jadi bini askar.. X pe ibu redha demi masa depan kami..

Mula² dulu ibu terasa jugak, bila selalu kene tinggal..
Sunyi je rasa.. tapi bila dah ada dua superhero ni ..
Hilang sunyi .. Meriah jadinya..

Jantung Hati..Intan payung..
Teman tidur.. ZzzzZZ
Teman makan..
Teman gaduh..
Teman pi jalan sana sini..
hehehe

#Sayang anak² ibu, lebih dari nyawa ibu sendiri..
Sebenarnya, dengan tiba² kita jadi kuat dengan Magic..
Sakit macam mana pon, tetap jadi kuat sebab Magic tu..
Magic tu datang dari anak² ibu.

Ibu & Adik | Majalah Pa&Ma

Mei 2012 - Majalah Pa&Ma
Dah nama orang berpantang mane bleh wat ape² kje
Ngadap baby je la..
Bila dia dah tido kita plak boring..

Dengan tanpa perasaan ibu pon antau la gambau ibu dengan adik.
kebetulan firas lahir bulan puasa so dapat la bergambar raya.

Majalah favorite la katakan, setiap bulan tak miss beli - Edisi Mei 2012
Selak punya selak..
jeng jeng jeng.. Alangkah terkejut ibu gambar ibu ngan firas dalam majalah.
Eee suka giler..

Ibu betol² dah lupa contest tu..
Ye lah, adik dah 10 bulan baru masuk majalah..
mane nak ingat..

Ape lagi war war la satu kampung..
"Anak omak masuk majalah.."
hehehe..

Selang beberapa bulan.
Diorang pon pos la adiah ni..
Tq pada yang pilih gambau kiteorang ni..
Glemor jap kami..

#Ada la juga kenangan untuk adik bila dah besar nanti..

Wednesday 9 October 2013

Adik | Alif Firas

Time adik dapat jugak la simpan gambar dia setiap bulan.
Masa ni handfon ibu dah canggih sikit hehehe.

1 Bulan
Muka cam abang dia..

2 Bulan

3 Bulan

4 Bulan
Dah pandai meniarap.. 

5 Bulan
Dah pandai bolat²kan mata tu..
Geramm nya ngan budak bam bam ni..

Ni la pe-el dia.
Tido suka melangkop muka..Nasib baik la buaian tu berjaring²

Dah boleh duduk kat kerusi bulat..
Tapi kene sendal ngan bantal.

6 Bulan 
Huii dah laju meniarap..
Ada hati nak merangkak plak.

Memanjat plak dah..

7 Bulan
Sweet sangat tengok adik..

Huh ini budak kan memang suka main steering..

Lain anak lain ragamnya.. Kalo dah masuk line habis rumah jadi tokang pecah
Kadang² ibu naik antu gak.. Tapi tak pe la, sekarang ni masa diorang meneroka dan mencuba apa sahaja.
Hope tak merbahayakan diorang.

Tuesday 8 October 2013

Alif Firas

Alhamdulillah
Tahun berikut nya dapat sorang lagi hero
Bulan Ramadhan 2011
Jumaat 12.8.2011,
Jam 2.16 pagi.
Di hospital Sultan Ismail JB.
Berat baby 2.54kg.
Syukur ibu puasa penuh sebelum bersalinkan adik..

 2nd Peknen.. 
Berat ibu boleh cecah 56KG.. 
Masa peknen abang berat ibu sikit lebih kurang je..

 Adik dalam perut ibu
9 Bulan.. 

Ni le budak nye..
Sekarang adik dah 2 tahun.
Sihat, Cerdik dan Cergas.
Alhamdulillah

..

..

.

.

.

.

.

.

.

.