Nak terap sikap suka membaca, sayang pada buku dalam diri anak² bukan perkara yang mudah..
Nak lagi anak lelaki , agak sukar pupuk minat membaca..
Sudah lama ibu mencari buku cerita kanak² berdasarkan Al-quran , kisah Nabi dan para sahabat..
Kalau nak cari buku macam ni kene gi kedai buku yang jual buku² agama..
Kalau gi Popular or Haris memang susah nak jumpa..
Alhamdulillah petang tadi ibu dapat jugak beli beberapa buah buku untuk anak²
Rambang mata jugak tengok buku cerita kanak²..
Isi kandungan yang menarik
Teknik warna dan gambar yang memikat..
Kualiti buku yang baik..
Paling best ada suku kata berwarna..
So anak² boleh baca dengan baik.. InShaAllah..
Antara buku yang ibu beli..:-
12 KISAH HAIWAN DIDALAM AL-QURAN
25 RASUL PEMBAWA RAHMAT
KHUSYUKNYA SOLAT - ANAK SOLEH LELAKI
Diserta dengan DVD
Anak² boleh ikut bersolat
Buku pilihan ibu - Biografi Agung RASULULLAH SAW
Antara buku terbaik untuk mereka yang baru mengenali Rasulullah SAW
Juga wajib ada pada setiap umat islam..
Terlalu banyak perkara yang perlu kita tahu tentang Baginda Rasulullah SAW
Tersentap hati ibu bila baca mukadimah dari penulis..
Menitis air mata ibu..
Ya Allah, Ampunkan dosa² ku..
Aku belum mengenali sepenuhnya Rasul-Mu
## Anak² belum lagi tahu membaca.. So ibu bacakan untuk anak² dengan gaya tersendiri..
Buat la macam mana pon.. Yang penting anak² tak bosan..